Memang best bila dapat tahu yang aku yang dah tua-tua ni kembali semula belajar bersama adik-adik yang berumur lapan belas tahun. Tapi agak malu jugalah aku seorang saja yang berumur yang lain masih lagi muda-muda remaja. Mmm, macamlah aku tua sangat. Amat merendahkan diri. Itulah. Dari dulu tak mahu sambung pelajaran. Sekarang baru terhegeh-hegeh menyempit diruangan junior yang sepatutnya aku sudah lalui dua tahun yang lepas. Tapi tak apa. Aku memotivasikan diri ini agar tidak rasa terasing dengan adik-adik sekeliling dan justeru dengan aku akan bertambah awet muda dengan mereka.. HAHAHAHA mengade jerr..
Minggu pertama yang berhambur. Sangat-sangat tak merasa seperti bukan seorang pelajar. Dari hari isnin sampai ahad nanti akan mempunyai banyak masa terluang. Housemate pun boring. Dorang MUNGKIN jenis yang suka buat kerja masing-masing. Kalau kat kolej pulak ada beberapa orang yang best tapi hanya jumpa dorang kalau ada kelas. UWAAARRRGGGGGHHHH.... Aku sungguh boring!!!!
Kriss, Viann, Jeff, Fatin dan Sari. Dorang ni lah yang menjadi teman serumahku. best jugalah dapat berkenalan dengan dorang dan menikmati hidup dengan orang berbeza pendapat, personaliti dan cara hidup. Harap-harap dorang selama tiga tahun ni boleh menjadi teman baik aku. Biarpun semua adalah adik-adik tapi kawan tak mengira semua tu. HAHAHA... Mudah-mudahanlah...
Oklah. Ada seruan aku tulis lagi. Selama belum ada Laptop ni, aku kena keluarkan duit RM1.50 untuk masa sejam untuk melayari internet di Likas IT Center ni. HAHAHAHA.. Thanks to Abang yang bangun dari kerusi melayan aku walaupun sia sedang bermain game online.. Ok, until then...
No comments:
Post a Comment